4 Jun 2013
Pada waktu 4:30 pagi, saya bersama keluarga saya pergi ke Lapangan Terbang Changi. Di sana terdapat beberapa murid lain juga yang sedang menantikan arahan daripada guru-guru untuk mendaftar masukkan bagasi-bagasi di kaunter pendaftaran. Tidak lama kemudian kami pun mengambil gambar secara kumpulan bersama dengan kain rentang yang sudah disiapkan oleh guru-guru kami yang datang bersama kami iaitu Puan Fatimah, Puan Ida dan Puan Norliza. Kemudian kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga kami. Sebaik sahaja kami berada dalam dewan transit, semua kawan saya yang beragama Islam pergi bersolat Subuh di sebuah bilik solat yang telah disediakan dalam lapangan terbang.
Beberapa minit kemudian kami pun berjalan-jalan dan melihat-lihat di sekitar kawasan dewan transit kerana terdapat banyak kedai dan perkhimatan yang disediakan. Setelah menunggu selama dua jam di tempat itu kerana ada masalah teknikal kapal terbang, kami akhirnya dipanggil untuk menaiki kapal terbang itu dan perjalanan kami bermula. Untuk beberapa pelajar dalam rombongan ini, lawatan seperti itu adalah pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang termasuk kawan karib saya, Izaan. Dalam perjalanan saya berfikir tentang apa yang saya mahu belajar dari pengalaman yang saya akan lalui seperti sistem pelajaran di Indonesia, cara kehidupan mereka dan tempat-tempat bersejarahnya. Apabila memikirkan semua aktiviti yang akan dilalui bersama rakan-rakan, saya menjadi lebih seronok.
Sesudah kami menaiki dua buah kapal terbang disebabkan kami transit di Jakarta, kami akhirnya sampai ke destinasi kami tetapi tiga orang murid dari kumpulan tidak dapat mencari bagasi mereka yang telah ditinggalkan di lapangan terbang di Jakarta apabila kami transit. Untuk menjimatkan masa, kami pergi makan di sebuah restoran berdekatan dan diperkenalkan dengan pemandu pelancong kami iaitu Ibu Amy, Pak Sugi dan Kak Adlin. Selepas mendapat bagasi, bas talah membawa kami pergi ke Hotel Solo Paragon. Saya akan berkongsi bilik dengan Izaan dan saya juga telah diberitahu kumpulan saya. Hari itu kami berasa sangat letih tetapi kami sempat belajar beberapa pekara dalam perjalanan ke hotel seperti latar belakang negara Indonesia.
5 Jun 2013
Hari ini kami bersiap-sedia di dalam seragam sekolah keran kami akan pergi ke sebuah sekolah yang popular yang bernama, Kalam Kudus yang adalah sebuah sekolah yang dianggap sekolah yang sangat baik di Indonesia. Ia adalah sebuah sekolah Kristien. Apabila kami sampai di Kalam Kudus, bangunan sekolah itu menakjubkan saya kerana kelihatan canggih. Murid-murid di situ mengcucapkan selamat datang kami dengan gembira. Itu adalah pertama kali saya menyalami dengan sebanyak murid, agaknya lima puluh. Selepas itu kami pergi ke sebuah tempat dan duduk di beberapa kerusi yang keadaanya sedikit buruk.Kami pun dibawa melihat perkarang sekolah yang kelihatan cantik. Murid-murid yang membawa kami kelihatan sangat puas dengan apa yang mereka ada. Ini menujukkan bahawa mereka sangat berterima kasih.
Kami pun mula membuat persembahan dan saya berasa sangat takut bercakap dengan murid-murid lain tentang kebersihan di sekolah. Pada akhir percakapan itu saya berasa sangat lega. Kami pun menari dan bernyanyi. Kumpulan choir mereka memeranjatkan saya kerana mereka terlalu baik. Selepas pergi ke sekolah itu, saya berasa sangat gembira. Yang menarik adalah potensi murid-murid dalam bidang nyanyian atau tarian. Kelas- kelas mereka juga menarik terutama sekali sistem skype mereka untuk bercakap dengan guru mereka di Philipines.
Kami pun melawati muzium batik dan ke istana sultan yang istemewa. Barang-barang antik yang terdapat di situ sangat unik dan tidak dapat dijumpa di lain tempat. Kami bebelajar beberapa perkara tentang kerja banyak yang diperlukan untuk membuat kain batik yang cantik ini. Kain-kain dan antik yang kami melihati jarang dijumpai dan kosnya sangat tinggi. Apa yang menarik perhatian saya di situ adalah bahawa Solo masih ada seorang sultan tetapi dia sakit. Kami pun tinggal di Hotel Santika yang amat mewah dan cantik juga.
6 Jun 2013
Hari ini adalah hari ketiga kami ke Indonesia. Pertama, kami pergi ke sebuah bengkel batik yang sangat seronok dan kami mengalami bagaimana membuat batik. Beberapa orang-orang yang lebih tua yang sedang menggunakan banyak masa mencatatkan batik di atas sehelai kain. Mereka mesti berasa sangat sabar. Selepas itu, kami melihat orang-orang membuat perak yang pelbagai jenis dan cantik. Semua barang-barang di situ sangat mahal dan kosnya tidak boleh ditawar oleh semua orang.
Kami pun menaiki bas dan pergi ke Borobudur yang dikatakan adalah sebuah tempat yang sangat popular dan adalah satu daripda tujuh keajaiban di dunia. Kuil itu sangat suci dan unik. Saya mendapat beberapa perasaan yang belum dirasai seperti saya sangat berkenalan dengan tempat itu oleh kerana saya juga berdoa kepada Budha. Saya berasa sangat gembira dapat pergi ke tempat itu dan mendengar cerita- cerita tentang kuil dan Budha di situ. Tetapi ada banyak murid yang tidak peduli dan tahu kepentingan mendengar cerita.
Kami diberikan masa untuk berjalan-jalan dan saya pergi bersama kawan saya bernama Zul dan tinggalkan Izaan walaupun sudah beberapa kali saya memberitahunya bahawa dia sedang pergi ke tempat yang salah. Tidak lama kemudian, kami sekumpulan pun mendapat tahu bahawa Izaan, Musaab, Afiq, Cikgu Fatimah dan seorang murid sedah hilang tetapi mereka bersama. Semua orang mula panik dan Cikgu Norliza juga. Untuk menambahkan lagi masalah, banyak orang sedang menyuruh kami untuk beli barang-barang dari mereka berulang kali. Dengan perasaa yang tidak puas hati kita ke bas dan pemandu pula mencari orang yang hilang. Pada akhirnya kami puas hati melihat semua orang yang hilang di dalam bas tetapi mereka kelihatan seperti hendak menangis. Kami dapat tahu bahawa Cikgu Fatimah telah buat sesuatu yang kurang baik yang boleh menyebabkan kehilangan mereka.
Saya bersama kumpulan pergi ke pusat membeli-belah yang sangat moden dan membeli banyak makanan untuk dimakan apabila ke hotel nanti. Kami berasa sangat seronok walaupun ada masalah sedikit.
7 Jun 2013
Hari ini pun kami pergi ke sekolah lain yang bernama Smp. N 8.Di situ ramai pelajar lelaki tertarik kepada murid-murid perempuan di situ. Kami hanya dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan dan memberitahu kelas apa yang kami harus pergi. Kami dapat mengalami bagaimana murid-murid di Indonesia belajar dan teknik pembelajaran. Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka pun sangat berbeza dan tidak mudah difahami. Kami hanya berlakon seperti kami tahu apa yang dipelajari.
Dua jam kemudian kami pun pergi dari kelas-kelas dan mengucapkan selamat tinggal kepada murid-murid yang membantu kami, guru-guru dan juga pengetua sekolah. Dalam perjalanan kami diberitahu sebuah cerita tentang pantai yang kami akan pergi. Puan Ida berkata bahawa di pantai itu beberapa pemuda sudah mati terutama pemuda-pemuda yang memakai baju berwarna hijau. Dia berkata bahawa ada seorang wanita yang sedang mencari cinta hatinya dan oleh itu pemuda yang pergi ke pantai untuk berenang dianggap olehnya seperti cintanya. Yang terlalu unik adalah pasir pantai itu berwarna hitam.
Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti seronok yang boleh diperbuatkan di situ seperti bermain bola sepak, menaiki kuda dan memandu kereta buggy. Saya mencuba menggunakan kereta itu dan sesuatu kejadian berlaku yang hari ini masih saya ingat dengan sebaik. Saya telah melanggar seorang wanita yang sedang berjalan-jalan bersama teman lelakinya. Saya cuba mengelakkannya dengan menekan brek, mengurangkan pecutan dan meletak kaki di ata tayer tetapi kereta itu tidak berhenti. Saya pun kena tepinya dan dia jatuh ke pasir. Dia pun pengsan. Saya berasa sangat takut dan teman lelakinya juga seperti hendak tumbuk muka saya. Izaan hanya tunggu ke situ melihati ekspresi saya dan tidak tahu membantu.
Saya berasa sangat tenang apabila saya dapat tahu bahawa wanita itu baik. Saya sedikit kecewa kerana kawan-kawan saya semua kurang sikap baik terhadap saya setelah kejadian itu tetapi tidak tahu bahawa saya tidak membuat apa yang salah. Saya baru tahu kenapa kemalangan telah membuatkan ramai orang berasa sangat kesan dan berasa hendak membunuh diri. Saya belajar sesuatu yang sangat baik.
8 Jun 2013
Hari ini adalah hari terakhir kami di Indonesia. Saya cuba melupakan apa yang telah menjadi hari sebelum dan hanya bersikap tenang. Kami pergi ke sebuah tempat yang bernama Taman Sari yang iatu Water Castle. Orang-orang di situ memberitahu banyak cerita tentang tempat ini seperti tempat raja mandi dan lain lainnya. Mereka pun bercakap tentang anak-anaknya. Tempat itu indah dan terdapat ramai pelancong di situ.Setelah itu kami pun terbang balik ke singapura dengan muka yang sedih.
Saya harap bahawa saya boleh datang ke tempat ini sekali lagi dan mempelajari benda baru. Saya berasa bersyukur dapat pergi untuk perjalanan ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu untuk memastikan bahawa perjalanan ini boleh dijalankan dengan baik.
sry gambar saya belum upload so akan meletakkan lain kali

Tiada ulasan:
Catat Ulasan